Rabu, 11 Januari 2012


Buah delima atau dari segi saintifiknya Punica granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan ,ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan. Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenis penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah.

Khasiat perubatan delima sudah dijumpai sejak 8000 tahun lalu oleh masyarakat Parsi Purba (Iran). Antara khasiat yang terdapat dalam buku perubatan Iran purba adalah:

* Melancarkan dan menstabilkan 
peredaran/perjalanan darah
* Mengembalikan fungsi jantung dan hati kepada normal
* Membersihkan hati dan urethra
* Memperkuatkan sistem penghadaman
* Membuang lemak-lemak berlebihan
* Meningkatkan tenaga
* Mencegah ‘morning sickness’
* Membantu menyesuaikan hormon ketika haid
* Mencantikkan dan mencerahkan
kulit
*Membantu menyembuhkan penyakit diabetes
* Boleh meghilangkan kahak
*Mencegah ketidaksuburan/kemandulan
dan meningkatkan kekuatan tenaga batin
* Mencegah Alzheimer dan nyanyuk di kalangan orang tua


Kajian perubatan moden mendapati delima mempunyai khasiat lain seperti berikut:
* Mengandungi anti-oksidan yang tinggi
* Mengurangkan pengumpulan lemak dan kolestrol pada dinding pembuluh darah, mengelakkan salur darah daripada tersumbat dan mengeras yang menjadi punca 
penyakit jantung.
* Mengurangkan tekanan darah sebanyak 5% di kalangan pesakit darah tinggi jika 
diambil sebanyak 50cc setiap hari selama 2 minggu
* Menghalang pembentukan sel barah payudara.
* Ibu2 mengandung di sarankan meminum jus delima ini untuk meningkatkan tenaga dan untuk kebaikan baby dalam  kandungan. Jus delima ini boleh 
mencantikkan kulit baby.

Tiada ulasan: